Aku menulis bukan kerana nama

Pejam celik, pejam celik sudah 14 tahu aku menulis untuk majalah pertahanan.  Satu-satunya majalah pertahanan berbahasa melayu yang boleh bertahan di pasaran sehingga kini menemui pembaca secara bulanan.  Meski pun asakan dan persaingan dari media online begitu kuat, namun masih ada lagi pembaca yang memilih untuk mendapatkan naskah Majalah Perajurit yang boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Screenshot_2020_0706_233804

Ramai rakan-rakan yang menemui aku agak kehairanan bila mengetahui aku menjadi penulis selepas menamatkan perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 21 tahun kerana bidang ini tiada kaitan langsung dengan kepakaran aku sebelum in sebagai Radar Plotter atau aku lebih gemar menyebut operator perang 4 dimensi.  Sememangnya aku tiada asas langsung dalam bidang penulisan maupun dalam bidang fotografi.  Aku tidak pernah mendapat pelajaran atau pun pendedahan dalam bidang ini samada secara formal atau pun tidak.

Aku mula menulis pada tahun 2006 yakni selepas 3 tahun menamatkan perkhidmatan.  Ianya bermula dari pelawaan dan cabaran oleh seorang rakan forum yang tidak dikenali.  Rupanya beliau adalah seorang editor Projek Khas majalah tersebut.

Aku sambut cabaran atau pelawaannya untuk aku berkongsi pengalaman dalam tentera.  Artikel autobiografi tentang diri aku sendiri, ‘Mengharungi Lautan Tak Bertepi’ di siarkan dalam 3 siri sekali gus bermulanya kolum Nostalgia Perajurit yang selepas itu menjadi kolum aku untuk mengisi autobiografi ringkas tentang pengalaman bekas-bekas tentera atau insan yang pernah terlibat di dalam perjuangan mempertahankan tanah air dari segala ancaman.  Dari status penulis tamu, aku diangkat sebagai koresponden wilayah utara sehingga kini.  Ianya bukanlah satu kenaikan pangkat tetapi ianya merupakan pengiktirafan terhadap komitmen aku sebagai penyumbang artikel secara berterusan kepada Syed Hussain Production (SHP Media) atau Majalah Perajurit khususnya.

Kolumnis Nostalgia Perajurit

Siri pertama di terbitkan pada edisi bulan Jun 2006 yang menceritakan latar belakang diri aku dan keluarga serta kehidupan aku di zaman persekolahan dan bagaimana permulaan aku memasuki perkhidmatan TLDM dan pahit getir bergelar rekrut yang hanya dibayar elaun RM150.00 sebulan.

IMG_20200705_221527

Siri kedua diterbitkan pada edisi bulan Julai 2006 yang mana penceritaan ku berkisar kepada kehidupan aku sebagai anggota TLDM yang penuh dengan cabaran yang tidak pernah terduga sebelum ini.  Pengalaman berkursus, pelayaran pertama dalam hidup dan bertukar dari satu unit ke satu unit yang lain di kapal-kapal maupun di pangkalan-pangkalan TLDM. 

IMG_20200705_222238

Penceritaan pada Siri ketiga berkisar kepada fasa akhir perkhidmatan aku dengan TLDM sehingga menjadi orang awam yang bergelar veteran tentera.  Tak dapat nak diceritakan semua secara mendalam. Apa yang penting pada aku ialah sebahagian dari liku-liku hidup yang aku lalui dapat dikongsi dengan pembaca.  Yang lebih penting lagi ialah bermula dari sini aku terus menulis dan menulis berkaitan apa jua isu yang berkisar kepada keselamatan dan pertahanan sesuai dengan skop produksi majalah Perajurit. 

IMG_20200705_222012

Terima kasih kepada semua rakan-rakan di dalam SHP Media, Sharul, Shiba, Ghazemi, Aneep, Syukri, Daim, Murshid, Kelvin, Kuden Rosilawati, Adibah dan lain-lain yang very friendly dan supportive walau pun aku cuma adik beradik tiri dengan mereka. Terima kasih juga kepada rakan-rakan PRO darat, laut dan Udara yang banyak membantu dalam segala hal…Lt Kol Khairudin, Lt Kol Fadzilah, Lt Kol Zulhairy, Lt Kol Salawati, Mej Salamah, Mej Marina, Lt Kdr Rahimah, Lt Kdr Norlida dan ramai lagi rakan-rakan PRO.

Kerjaya kedua sebagai journalis pertahanan menjadikan LIMA, DSA dan lain-lain event menjadi medan bagi kami bertemu.  Insyaallah aku akan terus menulis selagi Allah memberi kekuatan.….

Leave a comment