Category Archives: Riwayat Hidup fasa 2

artikel part 6 hingga 19

MEMUKAT TENGGIRI DI TELUK SEPANGGAR

Setamat Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN ke3 di Manila pada 14-15 Dis 1987 Kasturi tidak terus balik ke Semenanjung malah masih menerus misi-misi yang diatur gerak di Malaysia Timur.

Apa yang aku masih ingat suatu ketika Kasturi bersauh di area Teluk Sepanggar (kalau tak silap).

Rupanya di Teluk ini mempunyai banyak ikan Tenggiri kerana pada suatu malam ada seorang nelayan tempatan sedang menghayutkan pukatnya yang sangat panjang di kawasan berhampiran lokasi bersauh.

Apa yang telah terjadi, pukat tersebut telah tersangkut pada kabel sauh kapal kami. Dari atas dek kapal pun kami boleh nampak memutih Tenggiri yang sudah mengena pukat.

Kami cuba memanggil nelayan tersebut supaya clearkan pukatnya yang terbelit di sauh namun gamaknya dia takut kami mengambil apa-apa tindakan dan dari jauh dia memberi isyarat supaya kami memotong pukat tersebut.

Aku teruja tengok Tenggiri yang memutih di pukat lantas aku volunteer jadi boat crew untuk melaksanakan ‘tugas khas’ yakni tugas memotong pukat kerana keesokan harinya kapal akan membongkar sauh.

Berpuluh ekor jugak Tenggiri berjaya ‘diselamatkan’ dan di bawa naik ke kapal dan masih banyak lagi Tenggiri yang melekat di pukat tetapi CO dah sound supaya jangan ambil Tenggiri yang berbaki malah beliau juga mengarahkan supaya Tenggiri yang dah didaratkan juga dipulangkan kepada tuan empunya. Mana nak cari tuan dia kat tengah laut tu!!!!

Itulah karakter Pegawai memerentah kami Kepten Engku Zainal Abidin bin Engku Ngah (bersara Dato Laksda – Terkini beliau adalah Penaung Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Islah). Beliau orang Kuala Besut… Orang kampung aku lah tuu…!!.

Beliau seorang yang warak dan sentiasa menekankan solat jemaah setiap waktu kepada warga kapal di mana beliau sendiri bertindak sebagai Imam. Malah semua anggota Laskar Kelas 1 ke bawah dikehendaki menjadi muazzin secara giliran.

Pendek kata setiap masuk waktu solat akan kedengaranlah azan bergema melalui broadcast kapal di kala kapal dalam pelayaran.

MENYELUSURI MAE NAM CHAO PHRAYA

Kredit foto: internet

Kisah aku di KD HANG TUAH ni belum habis lagi… Mengikuti pelayaran ke Bangkok amat mengujakan semua krew. Bukan apa, biasanya kapal belayar di laut tetapi untuk ke Bangkok, kapal akan menyelusuri Sungai Chao Phraya. Mana ada gelombang.

Chao Phraya adalah sungai utama di Thailand, dengan dataran aluvial yang rendah membentuk pusat negara. Ia mengalir melalui Bangkok dan kemudian ke Teluk Thailand.

Semua kapal-kapal dari laut yang hendak ke Bangkok akan masuk melalui muara Gulf of Thailand. Tentunya untuk kapal-kapal perang Special Sea Duty (SSD) dikehendaki mara rapat.

Bagi tim navigasi memang penatla sebab tim blind pilotage juga dikehendaki merapat. Adoi penat weh kerana pilotage hanya berpandukan radar dan carta sahaja tanpa melihat pemandangan luar. Berbuih jugaklah BPO bercakap tak berhenti dari bilik radar. RDP biasa le kena assist. Banyak jam jugakla kerana Kota Bangkok berada jauh ke dalam (lupa berapa jam SSD). Bagi tim visual pilotage syok la sebab boleh tengok pemandangan sekeliling terutamanya duty lookout yang dok pegang binocular tu. Lagi pulak yang bawa masuk tu pilot. Boleh la relax sikit. Kalau tak jenuh la nak navigate Sungai yang berliku tu.

Apabila diukur dari sumber yang paling umum diterima di mana pertemuan Ping dan Sungai Nan di Nakhon Sawan, ukurannya berjarak 372 km (231 mi). Namun, apabila diukur dari sumber terpanjang yang merupakan titik asal Sungai Nan di Luang Prabang, ia berukuran 1.112 km (691 mi). (sumber wiki).

Apabila tiba di bangkok, aku malas cerita laaa…. Bagi krew yang follow entri ni cerita ok?

Sketsa Masa duty middle

Sesekali terkenang, kisah lampau rasa nak gelak pun ada, rasa geram pun ada namun apabila memikirkan sudah menjadi resam kehidupan dalam tentera, apa saja kisah duka yang pernah dialami aku redho seadanya….

Pagi itu sangat panas aku rasakan. Seingat aku, jam baru menunjukkan pukul 0100(+-). KD RAHMAT yang bertambat di depan KD KASTURI jeti air dalam (inner) baru saja melaksanakan fire fighting drill.

“Apa masalah pulak awasan bertugas KD RAHMAT tu DOFO (duty operation fleet officer) bagi fire fighting drill pepagi buta ni”. getus hatiku.

Masa tu aku duty middle watch Quarter Master (QM) KD KASTURI. Bosun Mate (BM) aku sedang membuat rondaan keselamatan tepian kapal di samping memastikan berthing rope dalam ketegangan yang memuaskan. Maksudnya jika berthing rope terlalu tegang menandakan ianya sedang dipengaruhi oleh air surut ketika itu. Jika air sedang pasang, kapal akan terbuka dari himpitan kerana berthing rope akan ‘memanjang’ disebabkan ketinggian air.

Kelihatan DOFO berjalan kaki ke arah kapal aku sambil memerhati tepian kapal. Langkah demi langkah beliau meniti titian aku perhati dengan teliti. Sebaik saja beliau memijak ke tepian kapal, aku terus memberikan tabik hormat dan disertakan ucapan selamat pagi kepada beliau.

“Ship log mana?”. Pintanya.

“Ini tuan!” kataku sambil menunjukkan buku ship log siap terbuka di atas meja QM untuk perhatian DOFO. Buku ship log mengandungi catatan bacaan barometer setiap 4 jam dan catatan aktiviti anak-anak kapal dan peristiwa yang berlaku di kapal setiap hari.

“Awak tahu kenapa saya bagi fire fighting drill kepada duty watch KD RAHMAT tadi?”. DOFO memulakan bicara terhadap ku. Aku tergamam seketika.

“Errr tak tahu tuan!” Jawab ku ringkas. Sebenarnya aku sedang risau apa yang DOFO tak puas hati dengan kapal aku ni atau mungkin appearance aku sendiri yang tidak kemas?.

“Nasib baik kamu memakai cap dengan sempurna. Kalau tidak semua duty watch saya bagi fire fighting drill. Saya cukup pantang bila saya round, QM dan BM tak pakai cap!” ujarnya.

“Owh! pasal itu rupanya duty watch KD RAHMAT kena buat fire fighting pagi-pagi buta”. Bisik hati ku lega.

“Kamu faham tu!….siapa nama kamu?”

“Hamzah tuan!”

“Branch apa?”

“RDP tuan!”. Sambil menghelakan lengan baju ku yang berlambangkan insignia kepakaran radar plotter.

“Ooo bagus!. Kamu tahu saya kan?”

“Ya! tuan”. Jawabku pantas walau pun aku tidak pernah bertugas di bawahnya secara langsung. Maksudnya aku sedia arif tentang beliau yang merupakan Staff Navigation Officer (SNO) di jabatan inspectorate Markas Armada. Tambahan lagi anggota Radar Plotter sememangnya mempunyai pertalian rapat dengan pegawai navigasi kerana bidang yang sama dalam susunan divisional.

“Ok! terima kasih!. Sambil menghala ke titian untuk meneruskan rondaan beliau ke semua kapal yang bertambat di jeti.

“Sama-sama tuan!”. Sambil memberi tabik hormat sebaik sahaja beliau memijakkan kakinya di titian kapal.

Pada aku, itulah karismatik seorang pegawai TLDM yang mempunyai tanggungjawab untuk terus meletak dan mempertahankan bench mark Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya sentiasa berada di tahap tertinggi dalam soal disiplin bagi setiap anggotanya terutamanya ketika menyarungkan uniform.

Kalau hendak dinilai tidak memakai cap semasa bertugas seawal jam satu atau pun dua pagi bukannya ada orang nampak pun tetapi itulah hakikatnya dalam pembentukan disiplin anggota tindakan tegas terus dikenakan sebagai pengajaran supaya anggota mau pun pegawai sentiasa berwaspada pada sebilang masa.

Malah, jika diberi punishment push up 10 kali sebagai denda sepontan pun memadai berbanding dengan mengejutkan semua awasan bertugas yang sedang nyenyak tidur untuk melakukan latihan kebakaran atau seumpamanya.

Inilah resam tentera, kesilapan individu merupakan kegagalan pasukan kerana kekuatan pasukan merupakan kombinasi team work individu dalam pasukan. Esperit de corp sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Itulah karakter Lt Kdr MO yang mempunyai karismanya yang tersendiri di dalam melaksankan tugas sebagai pegawai TLDM. Orangnya mudah didekati dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi dengan semua lapisan anggota yang pernah mengenalinya.

Meski pun aku tidak pernah bekerja dengannya namun aku merasakan beliau terlalu dekat dengan famili aku. Anak menantu aku memanggilnya uncle.