My Travelog-Makan Kenduri

Lepas raya ramai pulak yang buat kenduri walimatulurus. Jauh pun ada dekat pun ada. Bulan Mei, Jun malah sampai hujung tahun ini dah ada khabar-khabar yang nak buat kenduri. Emmm… bila dah di jemput tu kena hadirlah jugak terutamanya majlis saudara-mara dan kawan-kawan rapat.

jemputan ini yang menyebabkan terjadinya my travelog kali ini.

Pagi 2 Mei 2022 jam 9.30 , aku bersama isteri dan adik ipar bergerak ke Ipoh dan menjangkakan akan tiba di rumah kenduri menjelang tengahari. Tiba di rumah kenduri seperti dirancang.

Selfie dengan tuan kenduri dulu noh…
Makan dulu la. Lapaq
sempat candid pasangan pengantin sedang santap.

Kami tidak berlama di Meru Ipoh kerana kami merancang untuk bermalam di Daerah Manjung. Untuk perjalanan lancar tentunya Mr. Waze yang menjadi pemandu kami. Untuk sampai ke destinasi Manjung tentunya banyak panorama yang menjadi perhatian ku kerana sepanjang jalan ini adalah sangat tidak asing bagi ku suatu ketika dulu.

Bandar Sri Iskandar semasa peninggalan ku sekitar 1987 dulu masih lagi belum ada pembangunan. Banyak kawasan di kiri kanan jalan masih lagi kawasan berlombong. Kini setelah 37 tahun tidak melalui jalan tersebut, pembangunannya sangat menakjubkan.

Stesen Komunikasi TLDM Parit yang dah banyak berubah – Banyak juga kenangan aku semasa berkhidmat di sini

Tiba di Manjung menjelang asar dan menginap di rumah penginapan rumah sahabat. Relax sekejap, lepas asar kami mula menziarah rakan-rakan lama sekitar Taman Samudera. Ziarah pertama rumah Zainol/Kamariah tapi terlupa nak candid gambar.

Ziarah raya sahabat lama Zali/Zam… alhamdulillah sihat semua diaorang.

Tak boleh berlama berada satu-satu rumah kerana masa terlalu suntuk. Terus ke lorong sebelah taman samudera ke rumah Maliah balu Almarhum RDP Aziz. Sayangnya lupa nak bergambar kenangan. Sembang-sembang pun tak puas dan maghrib. Balik ke rumah penginapan di Taman Samudera Lama. Lepas Isyak RDP Yusuf datang jemput keluar mengetea.

Harizan, Yusof di antara sahabat-sahabat yang menetap di Manjung. Ramai lagi sahabat2 lain tapi tak berkesempatan untuk bertemu kerana masa terlalu singkat.

Di bandar Sri Manjung sangat ramai kawan-kawan ex TLDM yang terus bermastautin di sini kerana mereka telah membeli rumah semasa dalam perkhidmatan lagi. Pendek kata selok belok Sri Manjung dan sekitarnya sudah tidak asing bagi mereka untuk menyambung mencari rezki selepas menamatkan perkhidmatan. Namun begitu ada juga yang meneruskan perjuangan mencari kerjaya kedua di kampung setelah tamat perkhidmatan. Apa pun bak kata perpatah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula salah satu tempat mencari makan bagi kami warga Navy People.

join gathering sesi kedua bersama skot 146 yang kebetulan sedang mengetea di lokasi lain sekitar jam 12 mlm.

Satu lagi sesi mengetea dengan geng skot 146 yang telah ‘menghidu’ keberadaan aku di Manjung waktu ini. Apa lagi kena join jugak la biarpun waktu dah agak larut malam. Lagi pun peluang untuk bersama diorang bukan senang kerana masing -masing ada komitmen.

Ahad 22 Mei 22- Seawal jam 8 pagi kami bergerak ke Padang Astaka Sitiawan. Zainol jemput untuk bersarapan pagi di gerai besannya Saari/kaknah. Setuju sangatlah kerana dah lama tak pekena nasi berlauk Saari/Kaknah yang suatu ketika dulu mereka berniaga dalam base yang menjadi kegemaranku.

Gerai umi menjadi tumpuan penggemar masakan pantai timur
Saari ni berniaga masakan kelantan sejak dalam service lagi di pasar base TLDM Lumut

Seusai sarapan pagi, kami bergerak ke Taman Manjung Point. Taman ni pun ramai sahabat-sahabat yang tinggal. Destinasi pertama ialah rumah Halim/Zan. Halim ‘Siam’ ni orang Jitra jugak kahwin dengan orang Gelung Pepuyu Perak. Kami satu intake 146 di samping itu juga kami pernah sekapal di KD Sri Sarawak (PC14) berpangkalan di Tanjung Gelang.

Di rumah Halim Siam

Berkunjung ke rumah seorang lagi rakan yang tinggal berhampiran rumah Halim iaitu PPP Abas/Saloma. Dulu mereka ni pernah tinggal satu blok A24 dengan aku.

Abas tidak berapa sihat
Isteri Abas, Saloma sejak dulu berniaga kueh.
Bergambar kenangan di rumah Abas/Saloma

Seronok bertemu kembali kawan-kawan lama yang terpisah. Sesekali bertemu seakan tidak mahu berpisah kerana banyak perkara yang masing-masing nak bercerita tentang diri masing-masing tapi masa tidak mengizinkan untuk berlama.

Pagi itu jam 10 pagi kami bergerak balik melalui jalan Pantai Remis. Jalan melalui Damar Laut ke Pantai Remis sudah siap pembinaannya. Perjalanan lebih senang dan selesa. Singgah melihat suasana Teluk Senangin. Dengar nama ja tapi belum pernah singgah sebelum ni.

Kat Telok senangi ni kami bust sight seeng ja… terus proceed balik. Menjelang waktu Zohor singgah solat di rumah sedara di Kampung Pancor Pantai Remis.

Lepas solat menyambung perjalanan balik. Tiba rumah jam 1800H. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami.

Leave a comment