Category Archives: raya

Pejam Celik Pejam Celik Raya Sudah Tiba!

Setiap kali nak berakhir bulan Ramadhan, pasti ramai bijak pandai yang akan merumus dan meramal bila tarikh sebenar umat Islam di Malaysia berhari raya. Apa pun keputusan yang dibuat oleh pihak berwajib adalah muktamat mengumumkan raya pada tahun 1444H/2023M adalah jatuh pada hari Sabtu 22 Apr.

Hanya sebahagian dari foto saudara mara, sahabat handai yang sempat dirakam dan dikongsi dan yang penting paparan ini menjadi diari kehidupan yang boleh diarkibkan untuk kenangan di masa hadapan.

Komposisi tuan rumah
Kelauarga jiran terdekat
sahabat dari nismilan pun datang
anak-anak saudara dari Loqstaq
Sahabat dari Klumpo yang balik beraya di kampung
meriah keluarga depa
sepupu sepapat dari jauh dan dekat
grup rakan2 anak
Anak-anak saudara dari Klumpo
anak saudara dari Padang Durian Pendang

Pendek kata dari raya pertama hingga raya ketiga tu ada saja sahabat handai, saudara mara dari jauh dan dekat datang beraya cuma tak sempat nak rakam ja.

Terima kasih kepada semua yang datang beraya dan terima kasih juga kepada pengunjung blog ini yang sudi buang masa scrolling foto-foto yang di paparkan. Jumpa lagi bye bye.

2022 Raya Endemik

6 Syawal/8 Mei– Assalamualaikum gais… lebih kurang 2 tahun kita rakyat Malaysia umat muslim beraya dalam suasana pandemik covid-19 yang tentunya terikat dengan SOP dan menjalani kehidupan norma baharu dalam usaha mengekang penularan covid-19.

Tahun ini 2022 gais… raya terkejut kata netizen.  Mana tidaknya calendar menjangkakan raya aidilfitri pada hari Selasa. Ramai ahli dapur belum bersedia bila diumumkan raya dah esok (isnin 30 Ramadan).  Dah lama dah kita beraya tanpa anak bulan tapi tahun ni Allah bagi nampak dan kita beraya lah awal sehari.  Ketupat belum rebus, tapai baru ja bungkus, mana sempat makan esok. Daging belum beli lagi, serunding belum buat lagi…. Itulah serba sedikit kisah suasana menjelang raya 1443H. 

Solat Raya pun dah boleh rapat-rapat

Apa pun raya tahun ini umat muslim Malaysia meraih satu lagi kemenangan iaitu dapat beraya dalam fasa endemic covid yang mana banyak sekatan yang sebelum ini diperketatkan kini sudah dilonggarkan oleh kerajaan.  Sudah tentu raya korang lebih meriah kan?…bior gambar bercerita ye…

geng terawal datang beraya

jiran sebelah rumah
Pelanggan tetap nih…
Anak-anak sedara jumpa setahun sekali
kawan2 kakcik
anak menantu Zainol dari Manjung
sepupu sekeluarga dari kelantan

Sebahagian gambar-gambar tetamu yang sempat dirakam pada hari raya pertama hingga raya ke-3.

Pada 7 Mei ke Perlis untuk menghadiri kenduri walimatulurus sahabat ex navy Yahya / soon.

jumpa sdr Musib di rumah kenduri pakya