Category Archives: hang tuah

MENYELUSURI MAE NAM CHAO PHRAYA

Kredit foto: internet

Kisah aku di KD HANG TUAH ni belum habis lagi… Mengikuti pelayaran ke Bangkok amat mengujakan semua krew. Bukan apa, biasanya kapal belayar di laut tetapi untuk ke Bangkok, kapal akan menyelusuri Sungai Chao Phraya. Mana ada gelombang.

Chao Phraya adalah sungai utama di Thailand, dengan dataran aluvial yang rendah membentuk pusat negara. Ia mengalir melalui Bangkok dan kemudian ke Teluk Thailand.

Semua kapal-kapal dari laut yang hendak ke Bangkok akan masuk melalui muara Gulf of Thailand. Tentunya untuk kapal-kapal perang Special Sea Duty (SSD) dikehendaki mara rapat.

Bagi tim navigasi memang penatla sebab tim blind pilotage juga dikehendaki merapat. Adoi penat weh kerana pilotage hanya berpandukan radar dan carta sahaja tanpa melihat pemandangan luar. Berbuih jugaklah BPO bercakap tak berhenti dari bilik radar. RDP biasa le kena assist. Banyak jam jugakla kerana Kota Bangkok berada jauh ke dalam (lupa berapa jam SSD). Bagi tim visual pilotage syok la sebab boleh tengok pemandangan sekeliling terutamanya duty lookout yang dok pegang binocular tu. Lagi pulak yang bawa masuk tu pilot. Boleh la relax sikit. Kalau tak jenuh la nak navigate Sungai yang berliku tu.

Apabila diukur dari sumber yang paling umum diterima di mana pertemuan Ping dan Sungai Nan di Nakhon Sawan, ukurannya berjarak 372 km (231 mi). Namun, apabila diukur dari sumber terpanjang yang merupakan titik asal Sungai Nan di Luang Prabang, ia berukuran 1.112 km (691 mi). (sumber wiki).

Apabila tiba di bangkok, aku malas cerita laaa…. Bagi krew yang follow entri ni cerita ok?

Kisah john chicken

9

Aku pernah berkhidmat di KD HANG TUAH sekitar tahun 1983.  Gah namanya waktu itu tetapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan jika merujuk kepada peranannya sebagai kapal perang apatah lagi untuk berfungsi dalam peperangan 4 dimensi kerana ianya sebuah kapal usang dan tidak mempunyai peralatan canggih lagi terkini.

Mengimbau sejarah KD HANG TUAH kedua ini pada asalnya dibina untuk Presiden Ghana yang dikenali sebagai BLACK SHARK  tetapi apabila berlaku pergolakan politik, kapal tersebut tidak jadi diambil oleh Ghana. Kemudian diambil alih oleh Tentera Laut Diraja British dan dinamakan HMS MERMAID dengan nombor pennant F76.  

Boat whaler diganti dengan RHIB

Sebelum dibeli oleh TLDM, Royal Navy telah melakukan outfitting di bahagian belakang di mana kolam renang sedia ada dijadikan ASW Mortar Well dan A-Gun 4 inci serta bofors di kiri dan kanan 01 Deck. 

Meriam 4 inch diganti dengan 57mm

Memasuki perkhidmatan TLDM pada tahun 1977 bagi menggantikan KD HANG TUAH lama iaitu ex-MHS LOCH INSH.  Upacara penyerahan HMS MERMAID kepada TLDM telah disempurnakan  di Southhampton England pada 22 julai 1977 oleh Datin Badariah binti Abdullah, isteri kepada Datuk Abdullah bin Ali Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

Penulis pernah bekerja dengan Mantan Tan Seri PTL semasa bertugas di kapal ini.

Peristiwa

Apa yang aku nak kongsikan pada entri kali ini ialah tentang kisah-kisah menarik yang pernah diceritakan oleh krew-krew lama tentang sejarah KD HANG TUAH ini semasa bernaung di bawah Royal Navy dan rentetan peristiwa-peristiwa selepas itu.  Apa pun sepanjang aku berkhidmat di situ, Alhamdulillah, aku tidak pernah menemui perkara-perkara pelik seperti apa yang pernah diceritakan seperti kisah-kisah yang dipaparkan di bawah.

HMS MERMAID  pernah ditugaskan di Far East iaitu kawasan Timur Asia hingga ke Hong Kong. Semasa MERMAID ditugaskan di North Sea, satu evolusi Jackstay Transfer dilakukan  bersama sebuah mine sweeper, tanpa diduga jentera utamanya telah mengalami masaalah dan kapal mine sweeper diheret melintang di haluan MERMAID. 

Tiba-tiba engines full power semula dan melanggar mine sweeper hingga terputus dua dan tenggelam. Mayat-mayat kelasi dari mine sweeper yang cukup sifat ditempatkan di atas bunk PO Mess melalui lubang cargo bulat yang besar di heli deck. Mayat-mayat yang putus-putus disimpan dalam bilik sejuk beku di bahagian bawah. 

Banyak kisah-kisah misteri yang pernah diceritakan oleh orang-orang lama sering berlaku di dalam kapal ini yang mungkin ada kaitan dengan insiden yang pernah berlaku ke atas KD HANG TUAH sebelum ini.

Kisah 1- Semasa kapal baru siap Long Refit di Jurong Shipyard. Masa tu semua 8 main engines dan 4 generator sudah dibaiki dan berfungsi. Semasa ujian di laut oleh shipyard staff, pernah berlaku sedikit kebakaran kecil apabila ada sedikit minyak disalah satu jentera utama menyala. Staff shipyard kelam kabut lari keluar dari bilik jentera utama. Seorang krew (sekarang dah arwah) POME Mohd Nor guna extinguisher CO2 pancut ke arah api dan terus terpadam.

Kisah 2 – Kisah seram semasa di tambatan dan semua shaft dikunci supaya tidak ada putaran tapi POME yang sama nampak engine mula crank (putar perlahan).  

Kisah 3- Bilik sejuk beku pula adalah tempat yang paling nenyeramkan kerana ada cerita seorang krew nak ambil ransum tapi sebelum sempat buka pintu freezer, pintu terbuka dan ada tangan orang putih hulur seekor ayam beku. Dari situ lah bermula ceritanya di atas kapal ini  ada ‘John Chicken’. 

Kisah 4- “Pengalaman saya pula semasa kapal sedang belayar, waktu malam saya selalu sembang, tengok tv di Chief Mess yang terletak di bahagian hadapan. Semasa saya balik ke Mess untuk tidur, saya nampak MEO (berpakaian overall puteh) berjalan ke arah Mortar Well. Saya ikut dan setelah tiba di bilik dobi saya tak jumpa MEO dan saya terus naik atas ke geladak heli dan terjumpa budak bertugas saya tanya ada tak MEO naik geladak atas?. Dia kata tiada dan baru saya rasa seram dan balik ke tempat tidur tapi tak boleh lelap mata hingga pagi”. Cerita seorang krew.

Kini…KD HANG TUAH sudah menjadi sejarah kerana peranannya sudah tidak lagi diperlukan atas faktor umur dan keupayaan …. Down to the memory lane.