All posts by Paklang

pensioner

LARYAGOPHARYNGEAL REFLUX (LPR)

Minggu lepas aku berjumpa dokter OSA ….temu janji sebenarnya ialah untuk audio test. Masa jumpa dokter tu aku juga mengadu pasal tekak aku terasa semacam ada sesuatu yang tersangkut. Lantas dokter perempuan yang comel lote tu beri aku nota ini. Bagus juga aku share untuk korang baca. Mungkin bermanfaat untuk anda.

Tajuk Kajian

Rawatan empirical menggunakan pantoprazole sebagai alat mendiagnos Laryngopharyngeal Reflex

Pengenalan

Apa itu Laryngopharyngeal Reflux (LPR).?

LPR adalah kecederaan lapisan lapisan mukosa pada bahagian kerongkong dan 1 peti suara. la disebabkan regurgitasi isi kandungan dalam perut naik ke atas dan kembali ke bahagian kerongkong.

Apakah tanda-tanda seseorang itu mengidap LPR?

Gejala-gejala LPR termasuk perubahan suara suara lemah, suara pecah, sentiasa berdehem, banyak kahak dirasakann dalam kerongkong atau menyumbat kawasan belakang hidung, batuk yang berpanjangan, kesukaran untuk menelan, senantiasa merasakan ada sesuatu di dalam keronkong, sakit bahagian atas perut (pedih ulu hati), susah bernafas atan nafas berbunyi.

Bagaimana hendak mendiagnosa LPR?

Untuk mendiagnos LPR amat sukar kerana penyakit ini tiada gejala atan tanda fizikal yang khusus baginya. Gejala dan tanda fizikal yang ada pada pesakit LPR juga mungkin disebabkan oleh rokok, arak,penyalahgunaan suara seperti selalu menjerit, penyakit-penyakit respirotori seperti lelah dan lain-lain.

Apakah rawatan terbaik untuk menyembuhkan LPR?

Rawatan terbaik untuk LPR sekarang adalah dengan memakan ubat dari jenis ”proton Pump Inhibitor” (PPI). Ia nya bertindak dengan cara menghentikan penghasilan asid berlebihan yang menjadi punca penyakit LPR. Gejala-gejala LPR akan hilang selepas 2 bulan rawatan tetapi kecederaaan mukosa peti suara dan kerongkong yang berlaku hanya boleh sembuh selepas 4 bulan rawatan.

Dalam pasaran ada pelbagai jenis PPI termasuk Pantoprazole yang digunakan dalam kajian ini. Pesakit perlu mengambil ubat 2 kali sehari Kesan samping ubat Pantoprazole jarang berlaku.

Antara kesan samping ini ialah sakit pada bahagian atas perut,cirit-birit sembelit, sendawa atan kentat, loya,muntah sakit kepala, pening, penglihatan kabur, alahan, sakit sendi.

Kesan sampingan yang pelik dan sangat jarang berlaku termasuk bengkak seluruh badan, demam kuning disebabkan gangguan fungsi hepar, alahan teruk menyebabkan berpeluh-peluh dan pening, ruam kulit yang teruk, kemurungan dan gangguan fungsi pinggang.

Selepas sembuh, pesakit perlu mengubahsuai gaya hidup untuk mengelak daripada masalah-masalah yang disebabkan LPR berulang.

Antaranya ialah;

1.Berhenti makan atau minum 3 jam sebelum tidur atau berbaring.

2. Jangan makan secara berlebihan.

3. Elakkan dari meningkatkan tekanan pada bahagian dalam abdomen contohnya memakai pakaian yang ketat, mengangkat benda berat atau meneran.

4. Kurangkan makanan yang boleh menambahkan pengeluaran asid dari dalam perut. Contohnya:

Makanan-makanan yang berlemak, makanan yang digoreng, makanan pedas atau masam.

Minuman coklat, kopi, tea, nescafe, minuman bergas atau arak.

5. Tinggikan kepala semasa baring atau tidur.

6. Kurangkan berat badan.

7. Jangan merokok.